Haribulan | Keterangan pasal pada hari berkenaan |
01 | Baik dan berbahagia kalau pergi bertemu raja-raja dan menuntut hajat dan memulakan bercucuk tanam |
02 | Baik pergi musafir dan menuntut apa-apa hajat |
03 | Tiada baik berbuat sesuatu pekerjaan |
04 | Baik bagi pekerjaan berkahwin |
05 | Tiada Baik dan nahas |
06 | Berkat berkahwin padanya dan menuntut hajat |
07 | Bahagia lagi terpilih membuat sebarang pekerjaan lagi beroleh berkat |
08 | Baik menuntut hajat, tiada baik musafir, beroleh kebencian |
09 | Terpilih lagi berkat dengan barang yang berkenaan oleh manusia , jika pergi musafir beroleh rugi yang banyak lagi beroleh kebajikan |
10 | Biaik menuntut hajat, tiada baik pergi mengadap raja-raja dan siapa-siapa yang lari dari kesalahan nescaya ditangkap akan kesudahannya dannjika ada apa-apa kehilangan pada nya akan kembali ketemu dan jika mula sakit padanya akan beroleh sembuh. |
11 | Baik padanya berjual beli dan menuntut hajat dan pergi musafir dan tidak baik pergi mengadap raja-raja nescaya beroleh kemurkaan daripadanya. |
12 | Baik lagi terpilih ,maka perbuat olehmu apa-apa pekerjaan dan tuntut oleh mu hajat nescaya member berkat lagi di tunaikan apa-apa yang kamu perintah daripada apa-apa pekerjaan kamu. |
13 | Takut oleh mu dari memulakan satu-satu pekerjaan |
14 | Terpilih lagi baik barang apa-apa pekerjaan daripada kenduri kahwin selamat, sempurna lagi beroleh kepujian. |
15 | Baik lagi terpilih,juga berbuat oleh mu barang pekerjaan juga beroeh selamat |
16 | Baik menuntut hajat dan kata sesetengah pula tiada baik pada pihak paginya dan baik pada pihak petang nya. |
17 | Baik lagi terpilih perbuat oleh mu pada barang apa-apa pekerjaan jua akad nikah atau bertanaman atau mendirikan rumah nescaya beroleh berkat dan sempurna |
18 | Baik musafir dan tuntut hajat dan siapa-siapa yang melanggar musuh nescaya beroleh kemenangan dan beroleh ia daripada keizinan Allah Taala |
19 | Terpilih lagi baik menuntut sebarang hajat dan kepergian jauh-jauh dan mendiri rumah dan bercucuk tanam |
20 | Terpilih lagi baik bagi memulakan pekerjaan dan beroleh selamat |
21 | Tiada baik berbuat satu-satu pekerjaan yang belum di mulakan ada nahas , sia-sia lagi mengenai kerugian dan sesal. |
22 | Baik berjual beli dan pergi- pergian dan beroleh berkat baginya bersedekah. |
23 | Terpilih baginya pekerjaan kahwin |
24 | Hari nahas dan malang jangan kamu memulakan dari pekerjaan yang besar-besar takut menyesal |
25 | Hendaklah beringat-ingat daripada nahas |
26 | Baik menuntut hajat, tiada baik berkahwin maka lazim oleh mu dengan sedekah kerana menolak kebencian |
27 | Terpilih bagi segala pekerjaan , sangat baik apa-apa juga yang kamu perbuat akan beroleh selamat dan sempurna da beroleh kepujian |
28 | Kecelakaan , tiada baik barang pekerjaan |
29 | Terpilih dan baik bagi segala hajat , jika sakit padanya segera sembuih , jika musafir padanya beroleh harta banyak,siapa-siapa yang lari padanya segera kembali. |
30 | Terpilih lagi baik bagi tiap-tiap yang di hajati akan beroleh lagi berkat lagi baik berjual beli dan bertanam-tanaman dan berkahwin dan jika sakit segera juga akan sembuh ..InsyaAllah |
Sejunjung Sireh Seulas Pinang
Tersebut dan tercatat di bawah ini adalah ilmu gerak dan ilmu begi mengetahui akan hari yang baik dan berbahagia serta hari-hari yang tidak baik dan membawa celeka bagi seseorang itu serta ilmu ini gerak ini sudah lama tidak di perdulikan oleh masyarakat moden kita hari ini.
Fakta dan apa yang tertulis ini adalah yang tercatat dalm kitab lama yang bernama SENJATA HIKMAT.Sesungguhnya juga di dalam agama islam telah tertulis pada azali lagi setiap hari tu ada maksudnya tersendiri jadi eloklah bagi kita Ummat yang beragama islam memulakan hari=hari yang kita lalui dengan memohon keberkatan agar di beri kemudahan kepada kita oleh Allah untuk menjalani hari-hari yang kita lalui itu ,selain daripada sentiasa mengamalkan sembahyang Dhuha boleh juga kita mengamalkan sedekah di awal perjalan kehidupan hari yang kita lalui itu.
Apa yang tersurat di sini adalah panduan untuk kita lalui perjalanan kehidupan kita terutamanya bagi mereka-mereka yang terlibat dengan perniagaan atau mereka yang memerlukan sesuatu perubahan atau keputusan yang baik di dalam menjalani kehidupan.
Kiranya anda ingin melihat apakah petua –petua ini menjadi atau tidak ,silalah tuan-tuan mencuba , sebelum menjalani kehidupan pada sesuatu hari itu, cubalah anda bersedekah pada permulaan hari pada hari itu dan anda hanya perlu melihat perubahan yang berlaku pada hari itu, tapi harus di ingat sedekah tuan-tua n itu mestilah ikhlas kerana Allah dan tuan-tuan hanya berharap kepada Allah sahaja yang memberikan balasan yang baik itu bukan daripada manusia.
Cara melihat atau mendapatkan keyakinan di atas amalan itu,tuan-tuan haruslah perhatikan dalm beberapa kali tuan-tuan mengamalan petua bersedekah ini, bukan hanya dengan melihat sekali buat sahaja amalan bersedekah maka sudah terlihat hasilnya, nah ..selain daripada itu juga kiranya tuan-tuan terlibat dengan kehidupan yang penuh dosa dan maksiat , petua ini mungkin susah untuk tuan-tuan melihat kesannya,tetapi cubalah mengamalkan..semoga tuan-tuan dibuka pintu hati batin anda untuk melihat kebaikan di sebaliknya.
Sesungguhya yang baik itu datangnya dari Allah ,manakala kiranya ada keburukan dan keburukan daripada catatan ini itu datangnya dari saya hamba Allah yang serba kekurangan ini.
Amin ya Rabbal A-lamin
Penulis Blog
Syed Musa Indera Kayangan
No comments:
Post a Comment